
Daun Kambing atau nama saintifiknya Epimedium Sagittatum, juga dikenali dengan nama Horny Goat Weed, Ying Yang Huo. Ianya mengikut sejarah telah dijumpai oleh pengembala kambing di Cina apabila mendapati tingkah laku seksual untuk ternakan kambing meningkat dan semua aktiviti ini berkait rapat dengan pemakanan ternakan tersebut.Aktiviti seksual ternakan tersebut meningkat apabila memakan daun kambing yang terdapat di situ; maka sebab itu ianya dipanggil Horny Goat Weed. Semenjak dari itu ianya telah diamalkan oleh manusia. Di Cina, namanya ditafsirkan sebagai "herba untuk lelaki yang mempunyai keinginan seksual tinggi, seumpama baru berkahwin"
Epimedium mempunyai sejarah yang lama di Cina, yang mana khasiat perubatan pertama dicatatkan pada 2,000 tahun lalu di Shen Nong Canon of Herbs. Orang Cina merujuk herba ini sebagai perangsang nafsu berahi yang berkesan untuk lelaki dan wanita.
Dalam ilmu perubatan Cina, Epimedium juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang, sendi, limpa dan sakit belakang tetapi ianya lebih mempunyai nilai kepada tahap berahi yang tinggi. Sebahagian kandungan yang terdapat di dalamnya adalah flavoid, polisakarida, icariin, sesquiterpenes, fenolik dan penythylol glycosides, ionones, sterols dan alkoloid yang dipanggil magnaflorin.
Kegunaan EpimediumEpimedium dipercayai mempunyai nilai perangsang berahi yang paling tinggi bagi kegunaan lelaki dan wanita. Kandungan flavoid dikatakan berupaya meningkatkan stimulasi kepada deria rasa, terutamanya di bahagian kelamin dan kegunaannya dikatakan membantu meningkatkan kemahuan seksual selain bertindak untuk aktiviti "copulation" dan tahap hormon testeron. Testeron merangsang bahagian tengah minda yang menggalakkan tingkah laku seksual kepada lelaki dan wanita. Beberapa kajian yang dijalankan telah membuktikan tindakbalas yang dilakukan oleh Epimedium, malahan dilihat dapat membantu kualiti seks individu dan disarankan kepada wanita yang mengalami keadaan dingin seks.Ianya juga dipercayai meningkatkan tahap prestasi seksual kepada pesakit yang menjalani hemodialisis akibat kegagalan fungsi ginjal. Walaupun tidak dapat difahami bagaimana Epimedium ini bertindak secara khusus, ianya mungkin disebabkan enzim yang dipanggil acetylcholinesterase yang membantu penghantaran sel neuro cholinergic yang dikaitkan dengan keinginan seksual dan semestinya tumbuhan ini digunakan sejak berzaman untuk mengembalikan keinginan seksual kepada lelaki dan wanita.
No comments:
Post a Comment